top of page

TENTANG KAMI

Hawk Sports Skydive Club atau lebih dikenali sebagai Hawk Skydive, ditubuhkan pada 1980 oleh Azlan, yang merupakan salah seorang daripada 10 penerjun yang mempelopori terjun udara awam. Dilatih oleh Komando Malaysia dan Perkhidmatan Udara Khas Australia pada tahun 1978, di mana skydive mula diperkenalkan kepada khalayak ramai.

 

Pada era 80-an dan 90-an, kelab ini mempunyai pasukan yang sangat kompetitif di Malaysia, bersaing dalam Kejohanan Dunia dalam Canopy Relative Work (CRW) di Brisbane pada tahun 1980 dan 1994, Piala Dunia dalam Canopy Relative Work di Anyang, China pada tahun 1992 .

 

Pada tahun 2007, kelab ini telah ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk melatih 50 belia berumur antara 18-21 tahun untuk melakukan penerjunan di Kutub Utara yang dinamakan Ekspedisi Terjun Langit Kutub Utara Belia Malaysia 2007. Selepas berbulan-bulan menjalani latihan intensif, satu pasukan seramai 12 orang penerjun dipilih untuk melakukan penerjunan bersejarah yang dilakukan pada 16 April 2007.

 

Pada Mei 2015, kelab ini telah dipilih oleh kerajaan Maldives untuk melatih 35 penduduk tempatan mereka yang tidak mempunyai pengalaman, terdiri dari orang awam dan dari badan beruniform untuk membentuk pasukan terjun payung untuk pertunjukan Kemerdekaan Maldives ke-50 mereka. Selepas berminggu-minggu menjalani latihan intensif di pulau Addu, satu pasukan seramai 15 penerjun telah dipilih untuk melakukan penerjunan di ibu kota Male dan di Stadium Nasional mereka.

PENCAPAIAN

PERTUNJUKAN VELANA AIRPORT, MALDIVES

Hawk Sports Skydiving Club telah dipilih oleh Lapangan Terbang Velana, Maldives dan Angkatan Pertahanan Negara Maldives (MNDF) untuk melatih semula penerjun udara untuk majlis pelancaran dengan dihadiri oleh Presiden Maldives.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALDIVES KE-50

Kami telah dipilih oleh Kementerian Dalam Negeri Maldives untuk melatih penduduk tempatan Maldives untuk acara Hari Kemerdekaan mereka.

PERTANDINGAN ANTARABANGSA JEDDAH 2004

Dipilih untuk mewakili Malaysia dalam penyertaan Pertandingan Terjun Udara Antarabangsa Jeddah ke-4 pada tahun 2004.

NATCHATIRA VIZHA 2018

Acara kutipan derma yang dibuat di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran Rajinikat dan Kamal yang terkenal, anjuran My Events International.

EKSPEDISI KUTUB UTARA 2007

Kami ke Kutub Utara! Dipilih oleh kerajaan Malaysia untuk melatih penerjun baru untuk melakukan penerjunan di Kutub Utara. Ekspedisi dengan berbulan latihan intensif.

TERJUN BASE KLCC 2000

Dianjurkan oleh Menara Berkembar Petronas, penerjun BASE dari pelbagai negara (termasuk 3 ahli kelab) untuk 'terjun' dari tahun 1999 dan memasuki tahun 2000. Satu rekod tidak boleh dipecahkan selama 1000 tahun!

KEJOHANAN

  • ATM Parachuting Championship 2013 - Perak (Accuracy)

  • ATM Parachuting Championship 2010 - Gangsa (Formation Skydive)

  • ATM Parachuting Championship 2010 - Perak (canopy Formation)

  • Malaysian International Parachuting Championship 2000 - Emas (Canopy Formation)

  • ATM Parachuting Championship 1991 - Emas (Accuracy)

  • Indonesia International Skydiving Championship 1989 - Gangsa (Canopy Formation)

  • ATM Parachuting Championship 1986 - Perak (Canopy Formation)

ANUGERAH DAN PENGHORMATAN

  • Commonwealth Games Kuala Lumpur 1998 - Acara Pembukaan/Penutup

  • Thailand International - Open Parachuting Championship 1997 (Accuracy Dead Centre Award)

  • Indonesia International - Open Parachuting Championship 1993 (Accuracy Dead Centre Award)

  • Thailand Open Parachuting Championship 1987 (Accuracy Dead Centre Award)

  • ATM Open Parachuting Championship 1981 (Accuracy Dead Centre Award)

  • 4th ASEAN Parachuting Championship 1981 (Accuracy Dead Centre Award)

  • ATM Open Parachuting Championship 1980 (Accuracy Dead Centre Award)

  • Malaysian Open Parachuting Championship 1980 (Accuracy Dead Centre Award)

bottom of page