Copyright © 2017-2018. All Rights Reserved by Hawk Sports Skydiving Club (5778/2012)

(formerly known as Kelab Sukan Payung Terjun Wilayah)

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey YouTube Icon
  • Grey Instagram Icon

Language :

TERMA DAN SYARAT

UMUR

Umur mestilah 18 tahun keatas.

 

BERAT BADAN

45kg - 90kg.

Mereka yang melebihi berat badan perlu kebenaran dari Ketua Jurulatih.

 

KESIHATAN

Pemeriksaan kesihatan tidak wajib, tapi kami syorkan untuk bebuat demikian dan mendapatkan kelulusan doktor pakar dari klinik terdekat jika anda tidak pasti dengan tahap kesihatan anda. Ini untuk keselamatan peserta.

 

Untuk mereka yang mengalami perkara/kondisi di bawah tidak dibenarkan membuat penerjunan.

 

(Sawan babi, Penyakit Kencing Manis bergantung pada Insulin, Penyakit Jantung, Penagih Dadah dan Arak, Obesiti/masalah berat badan, Penyakit Buah Pinggang yang serius, Masalah Telinga, Kecacatan anggota badan, Masalah Tulang Belakang yang serius, Masalah Bahu Terkeluar dari sendi, Pesakit Mental, Penyakit Paru-paru, Sering Pitam, Darah Tinggi atau Rendah, Sesak Nafas)

 

KURSUS DAN PENERJUNAN

Kelab hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja.

 

PEMBAYARAN

50% deposit diperlukan selepas pengesahan.

Baki perlu dibayar pada hari terjunan.

 

PEMBATALAN PENERJUNAN

Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kegagalan mendapatkan permit dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan ketiadaan pesawat dan juruterbang, boleh menyebabkan pembatalan penerjunan dimana akan ditunda. Deposit akan DIPULANGKAN penuh jika diminta.

 

PEMBATALAN DEPOSIT

Situasi dimana peserta mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas tamat kelas teori, RM350 akan

Jika peserta tidak menghadirkan diri di Dropzone untuk penerjunan, keseluruhan deposit akan BATAL.

 

ENGGAN MELAKUKAN PENERJUNAN

Peserta dimana setelah di dalam pesawat, enggan melakukan penerjunan, jumlah keseluruhan kursus akan BATAL.

 

PENDAFTARAN

Semua peserta perlu menghantarkan gambar berukuran pasport.

 

BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN

Semua peserta WAJIB mengisi borang pelepasan tanggungan.

 

PENERJUN SEMASA

Penerjun tempatan dan asing mesti membawa buku log untuk pelepasan terjunan.

 

KURSUS ULANGKAJI

Penerjun yang melebihi 6 bulan, dan gagal dalam ujian diberi, mestilah hadir semula kelas ulangkaji.