Copyright © 2017-2018. All Rights Reserved by Hawk Sports Skydiving Club (5778/2012)

(formerly known as Kelab Sukan Payung Terjun Wilayah)

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey YouTube Icon
  • Grey Instagram Icon
 

Language :

SEWA PERALATAN

Kelab menyediakan penyewaan peralatan untuk mereka yang memerlukan sama ada untuk terjunan, kegunaan komersial untuk syarikat produksi seperti filem dan iklan multimedia.

Oleh kerana kos peralatan yang tinggi, deposit akan dikenakan dan borang Pampasan Gantirugi perlu ditandatangani sekiranya rosak atau hilang.

Pada masa yang sama, dari segi teknikal dan keselamatan, salah seorang daripada ahli kelab mesti berada bersama semasa peralatan digunakan.

1/3
1/3

FOTOGRAFI PAYUNG TERJUN

Semua  terjunan peserta baru akan direkod  dengan menggunakan 3  kamera GoPro. Kamera  terletak pada sayap kapal terbang, helmet jurulatih, dan yang ketiga pada drone yang akan merekod penerjun dari paras 100 kaki hingga mendarat.

Kami juga menyediakan khidmat video udara dan terdapat juga jurukamera terjun untuk memenuhi kehendak anda.

LIPAT PAYUNG

Semua penerjun mesti tahu untuk melipat payung terutama mereka yang telah melakukan terjunan bebas.

 

Selain mengadakan kelas terjunan, Kelab Hawk juga mengadakan kursus lipat payung. Kelas akan dikendalikan oleh kru melipat payung yang dipercayai.

Peserta akan melakukan lipatan asas dan akan lanjut ke lipatan lain apabila pihak kelab yakin dengan lipatan asas.

1/3